Assalamualaikum korg..
Oke dlm entry nie aku nak bagi lagi info kat korg.. Kali nie info utk hidup yg lebih bahagia.. Ada empat tips semuanya.. Korg layan jerk..
1. Bersederhanalah..
Keinginan untuk memiliki rumah baru, kereta baru, laptop baru, baju baru.. Tue semua cuma godaan nafsu kita sendiri semata².. Walau pon keinginan utk memiliki semua tue begitu kuat, namun kita haruslah lebih kuat utk menahan semua godaan yg mendatang.. Utk apa hidup hanya ditemani bebanan hutang yg semakin meningkat.. Lebih baik beli 'cash' kalau benar² mampu.. kan kan..?? Walau pon pada awalnya kita mungkin akan merasa hebat dan bangga memiliki apa yg kita mahu, namun percayalah, tak lama pas tue mesti kita akan menyesal, sebab dlm istilah hutang, tiada penyudahnya.. Renung² kan lah erk..
2. Biar wang bekerja utk kita..
Simpanan dlm jangka masa yg panjang bermaksud tabungan atau pelaburan yg kukuh yg dapat kita harapkan dlm jangka masa 20 atau 40 atau mungkin 60 tahun lagi.. Simpanan nie mungkin tidak bererti sgt buat kita tapi ia sgt bererti buat simpanan anak² kita di masa hadapan..
3. Terus belajar..
Utk mencapai tahap kebahagiaan yg diinginkan, kita haruslah terus tumbuh berkembang dan terus berkembang.. Ini melibatkan cara dan gaya pemikiran, pengetahuan dan byk lagi.. Dan tiada cara lain lagi utk mendapat semua tue selain dgn belajar dan terus belajar.. Pendidikan merupakan sesuatu yg sgt berharga buat kehidupan kerana dgn pendidikan dan pengetahuanlah kita boleh terus memajukan diri kita sendiri ke tahap yg lebih membanggakan.. "Tanpa ilmu, siapalah kita.." Tak gitu ??
4. Sayangi dan hargailah org yg kita sayangi..
Teman hidup, anggota keluarga, dan anak² merupakan org yg paling bererti dlm hidup kita.. Tanpa mereka, tidak bermaknalah kehidupan kita di dunia nie.. Katakanlah, kita mendapat segala apa yg kita impikan.. Kereta mewah, rumah mewah, handphone canggih.. Tapi dgn siapa nak kita kongsikan semua tue kalau tidak dgn org yg kita sayangi..?? Bererti kah semua kejayaan itu sekiranya kita tidak mempunyai keluarga dan org tersayang..??
Credit: Esempoi
Sekian..
Wassalam..
0 komentar:
Silahkan Tinggalkan Komentar anda disini