Buscar

Selasa, 21 Februari 2012

Katak Langka Hanya 1 Ekor didunia

Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus di habitat rimba, terpaksa dihapuskan selepas ia jatuh sakit.

Sebelum ini, Zoo Atlanta memelihara sepasang katak berkenaan yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs’ fringe-limb. Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia.

Kelmarin, beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor katak itu terpaksa dihapuskan bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan.

Spesies katak tersebut ditemui oleh kurator herpetologi Zoo Atlanta, Joseph Mendelson semasa lawatan beliau ke Panama dalam tahun 2005. Mendelson berkata, spesies berkenaan di habitat rimba pupus akibat jangkitan sejenis patogen yang dikenali sebagai kulat chytrid. – AP

0 komentar:

Silahkan Tinggalkan Komentar anda disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... -->
 
All About Lembaga cyber information | Copyright © 2011 Diseñado por: compartidisimo | Con la tecnología de: Blogger