
Tanda 100 hari sebelum meninggal
Ini adalah tanda pertama dari Allah   SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang   dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda   ini cuma saja mereka sadar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya   selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke   hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.  Contohnya  seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika  diperhatikan  dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut  seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lezat dan bagi   mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda   mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan   kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi   kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan   soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang   manfaat.
Bagi yang sadar dengan kehadiran   tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang   ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa   atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum meninggal
Tanda ini juga akan berlaku   sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada   ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang   letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun   tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah   ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut   ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,   mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan- akan bingung seketika.   Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk   mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan   dicabutnya.
Tanda 7 hari sebelum  meninggal
Adapun tanda ini akan diberikan   hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang   sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.
Tanda 3 hari sebelum  meninggal
Pada ketika ini akan terasa   denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan   kiri. Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu   supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan   urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata   hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya   akan perlahan- lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya   dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan   beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan   perlahan- lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari sebelum  meninggal
Akan berlaku sesudah waktu Asar   di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di   kawasan ubun- ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk   menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akan meninggal
Akan terjadi keadaan di mana   kita akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun ke   pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini   hendaklah kita terus mengucap kalimah Syahadah dan berdiam diri dan   menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada   Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan  pula.
 
 


0 komentar:
Silahkan Tinggalkan Komentar anda disini